luqman.gif

Cerita-cerita menarik
Home | Cerita-cerita menarik | Tentang saya | Favorite Links | Contact Me | Album gambar

copy-of-logobismilah.gif

PENANGAN CINTA

 

Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001… Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.

Apa yang terjadi sebenarnya?

 

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!

Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.

Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!

Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.

Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?

Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati.

Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang ‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.

Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na’udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta.

Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul ‘Alamin.

Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.

Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.

Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.

Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?

Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta sejati


BENARKAH SUARA WANITA ITU AURAT

 

Lelaki dan wanita sama-sama makhluk Allah yang berkongsi hidup di bumi ini, masing-masing saling bergantung di antara satu sama lain untuk menjalankan tugas mereka sebagai pemakmur bumi ini. Al-Quran merakamkan beberapa kisah yang cukup menarik tentang hubungan di antara lelaki dan wanita dalam konteks menjalankan tugas atau memakmurkan bumi ini, seperti hubungan di antara Nabi Musa a.s dengan puteri Nabi Syu’aib a.s, hubungan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dan lain-lain. Kisah-kisah ini membayangkan Islam tidak memisahkan di antara dua jenis makhluk ini dengan benteng-benteng kebal yang tidak boleh ditembusi, sehingga menjejaskan hidup mereka sebagai pemakmur atau Pembina tamadun di muka bumi ini.



Namun begitu, makhluk insan yang lebih mulia daripada haiwan ini, tidak dibenar menentukan sendiri hubungan mereka dengan wanita, bahkan perlu ada syarat dan aturan tertentu, bagi menjamin kesejahteraan hidup serta memastikan kemuliaan mereka sentiasa terpelihara. Atas dasar ini, Islam menentukan batas-batas aurat lelaki dan perempuan, bahkan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan, supaya kehormatan masing-masing sentiasa terpelihara. Al-Quran dan Hadith dengan lengkap menjelaskan batas-bats itu, iaitu mewajibkan perempuan menutup seluruh badannya kecuali muka, tangan dan kaki, sementara lelaki pula wajib menutup di antara pusat dan lutut.


Al-Quran dan Hadith tidak pernah menyebutkan suara wanita sebagai aurat. Justeru itu, jumhur (bilangan terbanyak) ulama pada dasarnya berpendapat, suara wanita bukan aurat. Mereka boleh bercakap dengan lelaki, lelaki boleh mendengar suara wanita, kecuali jika mereka mempersonakan. [Wahbah al-Zuhaili, al-Figh al-Islam Wa Adillatuh, 1/584,595].


Antara dalil yang dikemukakan ialah:


Baginda Rasulullah SAW pernah berbai’ah (janji setia) dengan sekumpulan wanita yang datang menyatakan hasrat mereka untuk tidak melakukan lagi beberapa jenis dosa besar. Baginda mendengar suara pengakuan itu dan kemudian menerima bai’ah mereka [lihat butir-butir bai’ah dalam surah al-Mumtahanah, ayat 12].
Puteri Nabi Syu’aib pernah bercakap dengan Nabi Musa a.s malahan atas arahan bapanya beliau keluar bersendirian menjemput Nabi Musa untuk hadir ke rumahnya sebagai tetamu terhormat. [Keterangan lanjut boleh diikuti dalam surah al-Qasas, ayat 23-26].
Ramai periwayat Hadith dari kalangan sahabat wanita, seperti Aisyah, Ummi Salmah dan lain-lain memperdengarkan Hadith kepada kaum lelaki. Hal ini berlaku dalam abad pertama Islam. Tidak diketahui ada sahabat-sahabat dan ulama membantah periwayat itu, dengan alas an suara wanita aurat kepada lelaki.

Syeikh Muhammad al-Ghazali dengan keras menolak pandapat mereka yang menyatakan suara wanita itu aurat. Menurut beliau, pendapat itu hanyalah karut, yang tidak pernah dikeluarkan oleh sesiapa pun dari kalangan ahli Fiqh Islam [Qadaya al-Mar’ah, halaman 164].

Ada pandangan mengatakan wanita membawa fitnah, justeru itu hubungan dengan mereka perlu dibatasi. Bagi menjawabnya, kalaupun wanita itu membawa fitnah, kaum lelaki hanya dikehendaki mengawasi diri daripada fitnahnya sahaja. Harta dan anak-anak juga fitnah menurut al-Quran, namun manusia disuruh mencari harta dan berkahwin untuk mendapatkan anak, mereka hanya disuruh mengawasi diri daripada terjebak dalam fitnah yang diakibatkan daripadanya.


Meskipun Islam tidak menganggap suara wanita itu aurat, namun ia tidak sekali-kali bermakna bahawa lelaki dan wanita bebas bercakap di mana dan apa jua keadaan. Jika percakapan tidak diperlukan atau membawa kesan buruk, sama ada kepada lelaki atau wanita itu sendiri, maka ulama lebih cenderung untuk mengambil sikap berhati-hati, sebagaimana firman Allah yang menasihati para isteri Nabi, agar tidak bercakap dengan suara yang lembut, manja dengan lelaki, kerana dibimbangi lelaki yang ada penyakit dalam hatinya akan bertambah buruk lagi penyakitnya. Jika perlu bercakaplah dengan sopan dan adab. Wallahu A’lam-


Artikel dipetik dari buku Dr Hayei Abdul Sukor:: ISLAM DAN MANUSIA:1001 KEMUSYKILAN:: jilid 1: Akidah,Ibadat dan Isu Semasa, terbitan Zebra Editions sdn Bhd:: muka surat 313-316.


Dr Abdul Hayei Abdul Sukor ialah bekas pensyarah di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Hadith: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Kepada semua warga raudhah.com, khususnya muslimat.saya juga menasihati diri sendiri..sememangnya suara kita bukan aurat dan punca fitnah, tetapi jgn pula kita yang menjadi penyebab tercetosnya fitnah..so scary….sama2 amek ikhtibar…para muslimin jugasemoga budaya tegor menegor maseh wujud sesame kita…insya-allah!!!

RABI'ATUL ADAWIYAH

 

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi


agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau... .



KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang
khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk
ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah
menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak
menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi
untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi


kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu


ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil


menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."


Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu


ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa


gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri


ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :



Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai


telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan


yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.



"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan


kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada
kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah
diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki."
Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan


tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan
diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa
dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang,
Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil
merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan


dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut
seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum
lelaki."

KISAH 3 :



Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang


sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil
menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin
tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul
Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau
membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.



"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.



"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.



Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa




"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat
gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah
kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji
Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada
orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul
Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian
dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan
perasaan kesal dan insaf.

KESUSUAIAN MEMILIH JODOH

 

Kesesuaian atau kesefahaman dalam memilih suami mahupun isteri adalah
merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian disini bukan dalam
bidang kedudukan, pangkat dan harta kekayaan, akan tetapi kesamaan atau
kesefahaman dalam bidang agama.

Di dalam Islam seorang lelaki yang miskin atau seorang budak boleh menikah
dengan wanita yang kaya. Orang yang tua boleh menikah dengan wanita atau
lelaki yang muda. Akan tetapi orang yang fasiq dan zalim walaupun kaya,
tidak boleh menikah dengan seorang wanita yang solehah, taqwa dan baik budi
pekertinya.

Kesesuaian atau kesefahaman dalam memilih suami mahupun isteri adalah
merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian disini bukan dalam
bidang kedudukan, pangkat dan harta kekayaan, akan tetapi kesamaan atau
kesefahaman dalam bidang agama.

Firman Allah SWT:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan
menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi maha Mengenal.”
(Al-Hujarat: 13)

Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh kamu, keturunan atau harta kekayaan
mu. Akan tetapi Allah melihat kepada hati. Siapa yang memiliki hati yang
soleh, Allah akan mengasihaninya. Sesungguhnya kamu anak Adam, dan orang
yang paling Allah cintai ialah yang paling besar taqwanya.”

Di dalam pidato Rasulullah SAW pada hari Tasyriq di Mina baginda bersabda:

“Wahai umatku, ketahuilah bahawa Tuhanmu hanyalah satu, dan bahawa nenek
moyang mu juga seorang. Renungkanlah, bahawa tidak ada keutamaan bagi orang
Arab atas bangsa yang lain dan tidak ada kelebihan bagi yang berkulit hitam
atas kulit putih atau kulit putih atas kulit hitam, kecuali dengan
taqwanya.”

Jika kesesuaian dalam bidang agama telah masing-masing dimiliki oleh suami
isteri, maka Insya Allah kesesuaian dalam bidang lain seperti harta dan
sebagainya itu akan mudah pula mengaturnya. Kerana dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah wanita itu tidak dibenarkan dikahwinkan kecuali oleh walinya,
dan walinya itu tidak dibenarkan mengahwinkan wanita itu dengan orang yang
tidak layak.”

Layak di sini menurut Imam Malik iaitu sesuai dari segi agamanya. Dalam
sejarah membuktikan bahawa Nabi Musa a.s datang kepada Nabi Syuib di Negeri
Madyan sebagai orang asing yang melarikan diri dalam keadaan yang
menyedihkan, dalam keadaan lapar dan pakaian yang buruk. Kemudian Nabi Syuib
menikahkan Musa as. dengan puterinya, setelah Nabi Syuib mengetahui tentang
agama dan akhlak Nabi Musa as.

Di dalam Islam seorang lelaki yang miskin atau seorang budak boleh menikah
dengan wanita yang kaya. Orang yang tua boleh menikah dengan wanita atau
lelaki yang muda. Akan tetapi orang yang fasiq dan zalim walaupun kaya,
tidak boleh menikah dengan seorang wanita yang solehah, taqwa dan baik budi
pekertinya.

Bangsa Arab pada zaman Jahiliah terlalu membanggakan diri mereka dengan
keturunan dan kejayaan nenek moyang mereka masa lampau. Setelah datangnya
Islam, sikap tersebut menjadi hilang kerana ajaran Islam lebih mementingkan
keimanan dan ketaqwaan daripada nasab dan keturunan.

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Rasu-lullah SAW bersabda:

“Hai manusia, Allah telah menyingkirkan dan kamu keburukan kaum jahiliah,
dan membangga-banggakan nenek-moyang. Manusia itu ada dua macam, seorang
baik, taqwa dan berbudi luhur dan seorang lagi jahat, celaka dan hina
dipandangan Allah. Dan manusia itu adalah anak-anak Adam, dan Adam di
ciptakan daripada tanah.”
(Riwayat Tarmizi)

Ketika Rasulullah SAW ingin meminangkan bekas budak yang bernama Zaid bin
Haritsah dengan puteri pamannya iaitu Zainab binti Jahsy, maka Zainab pun
menolak dan menyombongkan diri kerana keturunannya. Maka turunlah Malaikat
Jibril menyampaikan wahyu daripada Allah SWT, yang tidak dapat dibantah.

Firman Allah SWT ertinya:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang Mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang
siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya lah dia telah sesat
yang nyata.”
(Al-Ahzab: 36)

Perkahwinan mereka tersebut terjadi kerana keputusan daripada perintah Allah
SWT, tanpa menghiraukan perbezaan keturunan dan sebagainya.

Bilal bin Rabah asalnya seorang hamba dan Bani Jamuh, kemudian di beli dan
dimerdekakan oleh Abu Bakar as Siddiq. Dia termasuk salah seorang daripada
tujuh orang yang pertama menyatakan Islam secara terang-terangan. Dia ikut
dalam perang Badar dan semua peperangan Rasulullab SAW kemudian tinggal di
Negeri Syam, dalam pemerintahan Umar bin Khattab.

Kemudian Bilal pergi bersama Abu Ruwaihah ke Kabilah Khaulan dan berkata:
“Kami datang kepada kamu untuk meminang. Dulu kami orang kafir, lalu Allah
memberikan hidayah kepada kami. Dahulu kami adalah hamba, lalu Allah
merdekakan kami. Dulu kami orang miskin, lalu Allah memberikan kekayaan
kepada kami.

Kami ucapkan “Al Hamdulillah” seandainya kamu sudi me-nerima pinangan kami.
Dan kalau kamu menolak, maka kami akan mengucapkan “La haula Walaa Quwwata
Illaa Billah.” Kemudian mereka menerima pinangan Bilal dan Abu Ruwaihah,
kerana melihat ketinggian agamanya, akhlaknya dan jasa-jasanya dalam agama
Islam.

Begitu juga dengan Abu Huzifah bin Atbah Al-Quraisy, seorang yang ikut
perang Badar bersama Rasululah SAW. Beliau dengan senang hati mengahwinkan
puteri saudaranya Hindun binti Walid bin Utbah dengan Salim bin Ma’qal
Al-Farisi, yang semulanya seorang hamba milik isterinya.

Khalifah Umar bin Khatab telah memilihkan calon isteri untuk anaknya Ashim
dengan seorang gadis penjual susu. Beliau tidak melihat dari segi keturunan,
pangkat atau kekayaannya, tetapi ia melihat agama serta akhlak yang luhur
wanita tersebut.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap
rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu
mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan
mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:

“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya
menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu?
Ibu itu bertanya lagi:

“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu,
sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang
dicampurkan dengan air”

Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak
usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”
Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi
Tuhan yang disem-bah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana
tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang
munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya
apabila di belakang mereka.”

Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra.
merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah
pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis
tersebut.

“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada
gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah
akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan
wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama
Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan
mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang
kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Kisah-kisah di atas memberikan bimbingan kepada orang tua mahupun para
wanita supaya arif atau bijaksana dalam memilih calon suami. Begitu juga
kepada lelaki yang ingin memilih calon isteri, hendaklah memperhatikan
keutamaan agama dan akhlaknya daripada yang lain-lain. Dengan cara
demikianlah keluarga bahagia yang diredhai Allah dapat dibina.
apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA

 

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: “Wahai Anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan(kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan amal ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir ( mengingati Allah).”

Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak(di hari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”


Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, danjanganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan dari hidupmu di dunia yg fana ini sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuatkan kamu beras senang dengan kehidupan dunia.”



Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Aku sudah memikul batu-batu yg besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi yang berat tetpi aku tidak pernah merasakn sesuatuyang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”


Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakn sesuatu yg lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”



Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku!Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan tetapi aku belum pernah megalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang.”


Kata Lukman Al-Hakim: “Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8

Kalimah dari pusaka para nabi yang lalu,sabda mereka:-


Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklahkamu menjaga pandangan matamu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis,hendaklah kamu menjaga lidahmu(perkataanmu).
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan hendaklah kamu menjaga perangaimu.
Ingatlah kepada Allah s.w.t. sentiasa.
Ingatlah akan mati sentiasa.
Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
Lupakanlah semua kesalahan orng terhadap dirimu.

Nota: Dipetik dari buku ‘Himpunan Kisah-Kisah Teladan 1’ terbitan Syarikat Nurul Has

KEMBALIKAN ANAKKU NUR AMANA

 

Senja menyerakkan warna di u***** barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan.

"Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus diipertahankan.

Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya telah tiada. Sekelilingku pemuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku. Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha.

"Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan melindungimu?.Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan".

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh.

"Emm... positif! Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku.

"Iyakah?," Aku seperti tidak percaya. Dia mengangguk.

"Tahniah! Inai masih merah lagi... memang mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk.

"Tentu husband Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya.Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan.

"Macammana?," Tanyanya.

"Abang nak atau tidak?".

"Mestilah nak!".

"Kalau Abang nak... adalah!".

Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya.

"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku.

Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa. Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan yang terkutuk.

Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari kubisikkan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari dari syurga. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.

Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah.

"Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu.

"Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini. Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?.

Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi.

Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua.

"Saya mencintai Adam... pemuda Kristian, saya enar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.

Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.

Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.

Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.

"Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.

"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh.

"Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"

Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhak kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.

Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.... sedarlah..... Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....

© from luqman nurhakim